Wind of Dust
Saturday, October 18, 2014
Thursday, September 26, 2013
16 WAJAH YANG BANGKIT DI PADANG MAHSYAR
1. Bagaimana wajah manusia yang menyakiti jirannya? keadaan mereka akan dibangkitkan dalam keadaan kudung tanpa tangan dan kaki.
2. Bagaimana wajah manusia yang meremehkan solat? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan wajah menjadi babi, dan dilemparkan ke dalam neraka saqar.
3. Bagaimana wajah manusia yang menipu dalam berdagang? keadaan mereka akan dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengeluarkan api dan darah berbau amat busuk.
4. Bagaimana wajah manusia yang enggan membayar zakat? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan perut yang buncit di dalamnya terdapat kala jengking dan ular yang besar yang sentiasa menggigit dan menyengat perut mereka.
5. Bagaimana wajah manusia yang suka mengumpat & ghaibah? keadaan mereka sangat menggerunkan dan mengerikan; sekujur tubuh mereka mengerluarkan nanah yang bercampur dengan darah. Mereka merupakan orang yang suka ghaibah.
6. Bagaimana wajah manusia yang membuat fitnah? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan wajah seekor kera.
7. Bagaimana wajah manusia yang tidak membelanjakan hartanya ke jalan Allah? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan diperlambatkan proses hisabnya, harta yang tidak dibelanjakan ke jalan Allah akan menjadikan azab baginya.
8. Bagaimana wajah manusia yang suka berzina? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan kepala di bawah dan kaki di atas serta darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluannya.
9. Bagaimana wajah manusia yang memakan harta anak orang yatim? keadaan mereka akan dibangkitkan wajah berupa seekor anjing.
10. Bagaimana wajah manusia yang meninggalkan solat berjemaah tanpa keuzuran? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan wajah tunduk ke bawah dan diseliputi kehinaan.
11. Bagaimana wajah manusia yang suka berkhianat? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan telapak kaki mereka ada di dahi dan terikat di ubun-ubun dan berbau busuk lebih daripada bangkai.
12. Bagaimana wajah manusia yang menjadi pemimpin tidak adil? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan keadaan buta.
13. Bagaimana wajah manusia yang menjadi saksi palsu? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan badan mempunyai luka-luka dan mengeluarkan nanah berbau busuk.
14. Bagaimana wajah manusia yang mempercayai ramalan bomoh dan tukang sihir? kelak diakhirat mereka tidak akan mendapat naungan Allah dan keselamatan di padang Mahsyar.
15. Bagaimana wajah manusia yang memberi & menerima rasuah? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan azab memikul di atas bahunya harta yang diperolehi dari hasil rasuah.
16. Bagaimana wajah manusia yang riak dalam beribadah? keadaan mereka akan dibangkitkan dengan wajahnya diseret oleh malaikat dan dilemparkan ke dalam neraka.
(BAGAIMANA WAJAHKU DI PADANG MASHSYAR NANTI-Lukman Santoso)

8 WAJAH ORANG YANG SELAMAT DI PADANG MAHSYAR
1. Wajah orang yang ahli al-Quran akan dibangkitkan dengan mahkota yang terpancar bersinar-sinar cahayanya.
2. Wajah orang yang sentiasa menjaga wuduk dibangkitkan dengan wajah berseri-seri dan bercahaya.
3. Wajah orang yang suka melaungkan azan akan dibangkitkan dengan ditinggikan martabatnya dalam kalangan manusia di padang mahsyar sehingga manusia semua melihat keutamaan dan kedudukan mereka.
4. Wajah orang yang suka berzikir akan dibangkitkan dengan wajah yang berseri-seri dan bersinar-sinar dan memperoleh ketenangan di sebalik kedasyatan keadaan di padang Mahsyar.
5. Wajah orang yang menahan amarah akan dibangkitkan dengan kurniaan kemuliaan daripada Allah s.w.t.
6. Wajah orang yang mati syahid akan dibangkitkan dengan penuh keagungan yang tinggi dan darjat yang paling mulia.
7. Wajah orang yang masuk syurga tanpa hisab akan dibangkitkan dengan penuh kemuliaan dan amal akan datang kepadanya dalam keadaan yang tak disangka-sangka.
8. Wajah 2 bunga yang bercahaya; sumber hadis menyatakan 2 bunga adalah 2 lindungan awan mendung yang melindungi orang yang mengamalkan bacaan surah al-Baqarah & surah Ali-Imran.

SUNNAH vs SYIAH
Pada soalan yang dikemukan kepada penceramah bebas Dr. Zakir Naik: Sunnah atu Syiah, yang manakah islam sebenar dan berada di jalan yang lurus?, Beliau menjawab:
1. Tiada istilah Sunnah & Syiah kerana Islam adalah agama yang satu.
2. Umat islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis merupakan islam yang sebenar.
3 Dalam firman Allah pada surah Ali-Imran ayat 103 "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai" menunjukkan Allah hanya meredhai islam sebagai satu agama dan tidak berpecah kepada bahagian-bahagian tertentu.
4. Mereka yang menjadikan islam itu berpecah kepada beberapa bahagian akan mendapat balasan di hari akhirat seperti yang disebut dalam surah Al-An'am ayat 159 "Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya)."
5. Daripada hadis sahih yang diriwayatkan Abu Dawud "Daripada Abu ‘Amir al-Hauzaniy ‘Abdillah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata: “Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan dan sesungguhnya ummat ini akan berpecah belah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, (adapun) yang tujuh puluh dua akan masuk Neraka dan yang satu golongan akan masuk Surga, yaitu “al-Jama’ah."
6. Pada hadis tersebut Rasulullah s.a.w menyatakan umat Muhammad akan terpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang masuk syurga iaitu golongan yang berpegang kepada al-Quran dan Hadis.
7. Sesiapa yang tidak mengikuti ajaran daripada al-Quran dan Hadis, mereka bukan terdiri dalam golongan islam yang sebenar, dalam kata lain mereka adalah terdiri dalam golongan 72 golongan tersebut.
Wallahualam
SIFAT NERAKA
Bismillahirrahmaanirrahiim.Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’
Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa amandari padanya…’
Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’
Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selamaseribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehinggaputih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidakpernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarumnescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akancair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi danminumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yangtertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’
Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’ Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w..: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail:’Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’
Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosabesar dari ummatmu ygsampai mati belum sempat bertaubat.’
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:
‘Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’
Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.masuk ke dalamrumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi yang Lalai’)
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua’ lam
Subscribe to:
Posts (Atom)